Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Bagaimana dengan Saf Solat kita?

Bismillah .... أَقِيْمُوْا صُفُوفَكم وَتَرَاصُّوا فَإِنِّيْ أرَاكُم مِن وَرَاءِ ظَهْرِيْ "Dirikanlah saf-saf kamu & rapatkan tumit-tumit di antara kamu. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku" [1] [Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088)., perintah nabi SAW pada setiap kali waktu solat kepada para makmum yg berada di belakangnya. ] "Allahu akbar", dengan penuh rasa kehinaan, rendah diri, takut & harap kepada Allah SWT… nabi SAW bertakbir memulakan solatnya sebagai imam di hadapan sekalian para sahabat RA. Dalam keadaan saf yg rapat, bahu membahu, tumit bertumit .. semuanya khusu' menghadapkan wajah masing-masing di hadapan Allah Rabbul Jalil sambil mendengar nasihat, teguran, berita & kisah yang dibacakan oleh nabi SAW di dalam alQuran. Bergetar hati-hati mereka tatkala mendengar ayat al-Quran dibacakan kepada mereka … Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf? … Kerana

ASAL USUL SOLAT

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. ASAR: Orang yang pertama

Rahsia dan Manfaat solat 5 waktu

Rahsia dan Manfaat solat 5 waktu. Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakangDaripada Hazrat Saidina Ali Karramallahiwajhah, Telah bersabda Rasulullah SAW: SUDAH HAMPIR SAMPAI SATU MASA DIMANA TIDAK AKAN TINGGAL LAGI DARIPADA ISLAM ITU KECUALI HANYA NAMANYA DAN TIDAK TINGGAL LAGI DARIPADA AL QURAN ITU KECUALI HANYA TULISANNYA.( TIDAK ADA ORANG MEMBCANYA ) MASJID-MASJID MEREKA TERSERGAM INDAH TETAPI KOSONG DARIPADA HIDAYAH ( TIADA ORANG MEMAKMURKANNYA ). ULAMA-ULAMA MEREKA ADALAH SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK YANG ADA DI BAWAH NAUNGAN LANGIT. DARI MEREKA BERPUNCA FITNAH DAN KEPADA MEREKA FITNAH ITU AKAN KEMBALI - Rowahu al- Baihaqi dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peral

Terapi Solat

Terapi solat Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal d

Thuma'ninah Dalam Solat

Di antara kejahilan mencuri yang paling besar adalah mencuri dalam solat, kerana Rasulullah saw bersabda: "Orang yang paling jelik mencurinya adalah yang mencuri dari solatnya." Mereka (Sahabat) bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dia mencuri dari solatnya?" Rasulullah menjawab, "Yaitu dengan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya." Sesungguhnya meninggalkan Thuma'ninah (Tenang), dan tidak tetapnya punggung waktu ruku' dan sujud, tidak berdiri lurus setelah ruku' antara dua sujud, semua itu adalah suatu pemandangan yang umum dilihat pada jama'ah yang solat, hampir tidak thuma'ninah dalam solatnya (expres). Sedangkan thuma'ninah adalah rukun yang mana tidak sah solat bila ia ditinggalkan, dan masalah ini adalah masalah yang merbahaya, sebab Rasulullah saw bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang tidak meluruskan punggungnya dalam ruku' dan sujud." Dan tidak diragukan lagi, bahawa ini adalah suatu perbuatan mungkar

SOLAT

JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika bersembahyang. "Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja. "Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini. Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di da

5 PERKARA

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2: duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan senang jer untuk mendapatkannya hanya 30minit setiap hari. kata nabi saw siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Tentang Solat

"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat. Berat ada 3 peringkat A. Berat sebelum melakukan sembahyang B

Muhasabah diri melalui Azan

Salam pembuka bicara.. (Sebelum tu ana minta maaf kalau ana terdouble post atau salah letak kategori keatau tag.....minta maaf banyak-banyak) Berbicara tentang Azan.. Azan dalam Islam iaitu bermaksud memaklumkan.Ia sinonim dengan bilal ataupun para muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan rukun kedua Islam.Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh ke tengahari hingga ke malam. Namun,cuba kita tanyakan diri..apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengar Azan berkumandang?Adakah kita senyap dan menghayati setiap kalimah Azan yang dilaungkan dan menjawab dengan sebaiknya?Atau adakah kita bingkas bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' untuk mengerjakan solat?Atau pun adakah kita membiarkan Azan yang berkumandang itu habis sendiri sedangkan kita masih petah berbicara dan berbual dengan rakan?Berlainan lagi dengan Azan melalui corong radio mahupun tv,berapa banyak yang terus menghayati daripada ter

RAHSIA SOLAT

Assalamualaikum wbt sahabat scripters semua, kepada sesiapa yang berminat, anda adalah dijemput untuk mengimarahkan majlis ilmu / seminar, rahsia solat dari sudut sains, mengupas tentang kelebihan solat, rahsia pergerakakan solat, keajaiban solat dan banyak lagi, tajuk yang bakal di kupas dan dikongsikan, anjuran : Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (PERKIM ) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Biomedikal, Universiti Malaya (UM) antara tajuk yang akan dibincangkan : 1. Solat cara Nabi 2. kesan solat kepada komposisi tubuh 3. kesan kehebatan otak ketika bersolat 4. rawatan / terapi penyakit melalui solat antara penceramah : Utz. Tuan Hj. Mohd Farid Ravi Pengarah Institut Hadis kumpulan Pakar Penyelidik Fakulti Biomedikal UM Assoc Prof. Dr. Fatimah Ibrahim ketua penyelidik Prof. Ir. Dr. Wan Abu Bakar Ng Siew Cheok bertempat di : bangunan PERKIM, Jln Ipoh, KL Tarikh : 21/11/2009 (sabtu) Masa : 8am ~ 5pm Bayaran : PERCUMA berminat sila hubungi: En. Mustaqimm (penyelaras seminar) - 019 2

21 Ogos 1969 - MENGENANG 40 TAHUN PEMBAKARAN AL-AQSA

Tanggal 21 Ogos adalah salah satu daripada tarikh hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 40 tahun yang lalu pada 21 Ogos 1969, maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia. Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa. Namun hasil usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut. Kejadian itu dianggap sebagai satu jenayah besar yang memilukan bagi umat Islam di seluruh dunia yang turut dirasai sehingga ke detik ini. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di da

Khalid Bin Walid.

"ORANG seperti dia tidak harus dibiarkan begitu saja. Dia harus diangkat sebagai calon pemimpin Islam.Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya kedalam golongan pemimpin", demikian kata-kata Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam. Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia dari keturunan suku Bani Makhzum, suatu puak dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, makcik kepada Khalid,maimunah adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main gaduh gaduh. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik. Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Janga

Salam